e-Pembelajaran

Mewujudkan situasi pembelajaran baharu sesuai dengan persekitaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan boleh diteruskan pada masa akan datang

Kursus Teknikal

Contohnya Kursus Protokol, Kursus Pengurusan, Kursus Pengurusan Acara dan Majlis, Kursus Komunikasi, Kursus Pengaturcaraan, Kursus Pengurusan Risiko, Kursus Penterjemahan, dan sebagainya

Kursus Kemahiran

Contohnya Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja, Kursus Penilaian Penilai Anugerah BP, Kursus Tali-temali Aras Tinggi, Kursus Ikhtiar Hidup dan sebagainya

BANTUAN TEKNIKAL

Bantuan teknikal perlu melalui saluran tertentu dengan menghubungi Pengerusi Latihan Daerah dan akan dipanjangkan kepada Pengerusi Latihan Negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan sekiranya isu yang berbangkit tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah atau negeri